Searching...

Adab Berdoa dan Berzikir

ADAB BERDOA

Firman Allah. Surah al-Mu’min ayat: 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksdunya: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu (doamu).

  1. Memilih waktu yang baik bila berdoa, seperti hari ‘arafah, hari atau malam jumaat, sepanjang bulan ramadhan, waktu sahur, 1/3 malam dan sebagainya.

  2. Memilih suasana yang baik, seperti diwaktu sujud, duduk antara dua sujud, waktu hendak mendirikan solat, selepas takbiratul ihram, waktu imam duduk antara dua khutbah dan lainnya.

  3. Menghadap ke qiblat dengan mengangkat keduabelah tangan setentang dengan kedua bahunya (bagi lelaki) dan menyapu kedua mukanya setelah selesai.

  4. Tidak meninggikan nada suaru ketika berdoa.adab berdoa dan berzikir


Firman Allah. Surah al-‘Araf ayat :55

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang-orang yang melanggar batas .

 

  1. Berdoa dengan penuh perasaan takut, geruh kehebatan dan kebesaran Allah ta’ala serta khusu’ kepadaNya.


Firman Allah. Surat al-A’raf ayat : 56.

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (56)

Maksudnya: Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah  memperbaikinya dan berdo'alah kepada-Nya dengan rasa takut  dan harapan . Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

  1. Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepadaNya.

  2. Doa dengan susunan yang tidak memberatkan dan tidak berbentuk sya’ier atau bersajak.

  3. Berdoa dengan penuh perhatian dan mengulangi jika hajatnya terlalu penting.

  4. Memulakan berdoa dengan memuji keagungan dan kebesaran Allah dan diikuti salawat keatas nabi Muhammad r ditutup pula dengan berselawat dan memuji Allah kembali.

  5. Membersihkan jiwa dan hati dengan sentiasa bertaubat dan jauhkan dari perkara-perkara syirik.

  6. Sentiasa bersihkan diri dari kekotoran hadas dan najis.


 

  1. ADAB BERZIKIR



  • Allah U berfirman dalam surah ar-ra’du ayat : 28.


الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28)

Maksudnya: orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

 

  • FiramanNya yang lain Surah juma’ah ayat: 10.


وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (10)

Maksudnya: ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

 

  • Rasulullah r menyatakan dalam sabdanya:


لِكُلِّ شَيْءٍ صَقَّالَةٌ وَصَقَّالَةُ الْقَلْبِ ذِكْرُ اللهِ

Maksudnya: Bahawanya bagi tiap-tiap  sesuatu itu ada alat untuk mensucikan, dan alat untuk mensucikan hati itu ialah zikrullah.

  1. Berzikir boleh dilakukan dengan lidah atau hati sahaja dan sebaiknya dilakukan kedua-duanya hati dengan lidah.

  2. Sebaik-baik tempat berzikir di tempat lapang dan bersih, digalakkan berzikir di masjid atau dimana sahaja tempat yang bersih dan terhormat.

  3. Berzikir hendaklah dengan ada kesedaran hati, menyedari dan memahami apa yang di ucapkan.

  4. Berzikir dengan penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu (تَدَبُّرْ) ucapan zikir perlahan dan tidak terllau cepat dalam sebutan.

  5. Pastikan kebersihan diri dari kotoran dan najis.

 
Back to top!